Tuesday, September 30, 2008

UCAPAN TAKZIAH

INNALILLAH HI WA INNA ILAI HIRO JIUN...

KEMBALI KE RAHMATULLAH
ARWAH FARID AIDIL FITRI 17 TAHUN

ANAK KEPADA ABD HALIM B RAMLI
(CUCU KPD ARWAH HJ RAMLI - SG LIAS)

tarikh ; 26 sept 2008
masa : jan 7 - 8.00 mlm
tempat : sekolah dato Harun tanjung karang.
dikebumikan : di gombak

MARILAH kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah al-fathiah, semoga rohnya sentiasa dirahmati oleh allah s.w.t

Amalan ziarah kubur musim raya

Amalan ziarah kubur musim raya digalakkanISLAM menggalakkan umatnya saling hormat-menghormati sesama manusia dan tidak terkecuali dengan orang yang telah meninggal dunia. Berikutan itu, Islam menganjurkan umatnya menghormati ahli kubur serta menjaga kehormatan persekitaran kubur. Dalam masyarakat kita, amalan menziarahi tanah perkuburan sudah lama diamalkan, lebih-lebih lagi ketika menjelang hari raya.Amalan menziarahi perkuburan sebaiknya diteruskan. Dengan berbuat demikian akan menyedarkan kita bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Dengan ini akan membentuk jiwa kita agar tidak rakus dan tamak harta dunia.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ziarahilah perkuburan, kerana perbuatan demikian mengingatkan kamu kepada kematian.” (Hadis riwayat Muslim). Di samping itu, ia akan mengingatkan mengenai asal usul kejadian kita. Daripada tanah kita diciptakan dan kepada tanahlah dikembalikan.Di negara kita, amalan menziarah tanah perkuburan dilakukan oleh semua lapisan masyarakat, sama ada lelaki atau perempuan; dewasa atau kanak-kanak. Dalam hal ini, perkara yang perlu diketahui adalah adab ziarah kubur yang harus diikuti dan diamalkan.Antaranya, orang yang hendak menziarahi kubur itu disunatkan berwuduk terlebih dulu, memakai pakaian bersih, sopan dan menutup aurat.Apabila seseorang itu sampai ke tanah perkuburan, disunatkan memberi salam kepada ahli kubur terlebih dulu. Diriwayatkan daripada Muhammad bin Qais bin Makhramah bin Mutalib bahawa Rasulullah SAW ketika menziarahi tanah perkuburan, Baginda mengucapkan kata-kata yang maksudnya: “Mudah-mudahan Allah mencurahkan limpah kesejahteraan kepada kamu sekalian wahai penghuni kubur daripada kalangan orang mukmin. Semoga Allah memberi rahmat kepada orang yang mendahului kami dan orang yang kemudian. Sesungguhnya Insya-Allah kami akan menyusul kamu sekalian.” (Hadis riwayat Muslim). Amalan memberi salam ini sebaik-baiknya dilakukan dalam keadaan berdiri di tepi perkuburan dengan membelakangi kiblat dan menghadap ke arah muka ahli kubur yang diziarahi itu.Selain itu, disunatkan berdoa dengan cara berpaling ke arah kiblat serta mengangkat kedua-dua belah tangan dan mohon kepada Allah semoga roh ahli kubur dilimpahi dengan rahmat, keselamatan, kesejahteraan dan sebagainya.Ketika menziarahi perkuburan, perlu meninggalkan segala larangan dan tegahan. Antaranya dilarang meratapi disebabkan oleh perasaan yang amat berduka cita di atas pemergian orang yang disayangi. Rasulullah SAW menegah perbuatan meratapi di atas kematian kerana perbuatan itu akan menyebabkan mayat diseksa pada hari kiamat kelak. Diriwayatkan daripada Mughirah bin Syu'bah bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda bermaksud, "sesiapa yang meratapi mayat, maka mayat itu diseksa pada hari kiamat." (Hadis riwayat Muslim).Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Mayat berasa terseksa dalam kuburnya kerana diratapi" (Hadis riwayat Muslim).Kita juga dilarang bercakap mengenai perkara tidak berfaedah dan keji. Makruh jika kita duduk di atas kubur yakni duduk bertepatan dengan kedudukan mayat dalam kubur. Tetapi tidaklah dilarang jika duduk di sekitar atau di sekeliling kubur.Larangan duduk di atas kubur berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Seseorang yang duduk di atas bara api lalu terbakar pakaiannya hingga terkupas kulitnya, adalah lebih baik baginya daripada duduk di atas kubur.” (Hadis riwayat Muslim). Selain itu, dilarang memijak kubur dengan sengaja tanpa sesuatu keperluan atau hajat, tetapi tidaklah menjadi kesalahan jika tiada jalan lain dan terpaksa.Perlu diingat bahawa melakukan perkara khurafat yang boleh menjejaskan akidah seperti mencium kubur dan mengusap-usap tanah perkuburan adalah haram hukumnya. Oleh itu, sempena Aidilfitri nanti marilah sama-sama kita menziarahi pusara sanak saudara yang telah lama kembali ke Rahmatullah. INTI PATIAdab ziarah kuburDisunatkan berwuduk terlebih dulu, memakai pakaian bersih, sopan dan menutup aurat.Disunatkan memberi salam kepada ahli kubur terlebih dulu. Digalak dilakukan dalam keadaan berdiri di tepi perkuburan dengan membelakangi kiblat dan menghadap ke arah muka ahli kubur yang diziarahi itu.Disunatkan berdoa dengan cara berpaling ke arah kiblat serta mengangkat kedua-dua belah tangan dan mohon kepada Allah semoga roh ahli kubur dilimpahi dengan rahmat, keselamatan dan kesejahteraan.Dilarang meratap kerana perbuatan itu menyebabkan mayat diseksa pada hari kiamat kelak.Dilarang bercakap perkara tidak berfaedah dan keji.Makruh duduk di atas kubur yakni duduk bertepatan dengan kedudukan mayat dalam kubur.Dilarang memijak kubur dengan sengaja, tetapi tidaklah menjadi kesalahan jika tiada jalan lain dan terpaksa.Haram buat perkara khurafat yang boleh menjejaskan akidah seperti mencium kubur dan mengusaptanah perkuburan.

AIDILFITRI

AIDILFITRI adalah hari raya khusus untuk orang yang bertakwa selepas sebulan berpuasa. Hal ini menunjukkan hubungan dengan Allah semakin dekat dan kesan puasa seperti kesucian dan kematangan jiwa, kekuatan mental, ketinggian moral dan akhlak dapat dikembangkan dalam kehidupan masyarakat.Aidilfitri juga hari perayaan iman. Bagi setiap orang yang benar-benar memahami serta menghayati Islam akan menginsafi dan merasai bahawa betapa gembiranya mereka pada hari ini. Allah menetapkan Aidilfitri sebagai hari kegembiraan dan kemenangan bagi orang beriman. Kita perlu merasakan hakikat nikmat Allah yang lengkap dan sempurna ketika menyambut hari lebaran ini.Betapa agungnya Aidilfitri jelas dilihat apabila Rasulullah saw melarang umatnya (haram) daripada berpuasa pada hari itu.Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri, katanya: “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tidak boleh berpuasa pada dua hari tertentu iaitu Hari Raya Korban (Aidiladha) dan hari berbuka daripada Ramadan (Aidilfitri).” (Hadis riwayat Muslim).Kenikmatan berhari raya hanya dapat dirasakan oleh orang yang berpuasa Ramadan dalam erti kata sebenar saja. Maksudnya, orang yang melaksanakan ibadat puasa semata-mata kerana tunduk dan patuh kepada perintah Allah.Bukan mulut mereka saja berpuasa, malah anggota badan lain seperti telinga, mulut, hidung dan mata dipelihara daripada melakukan perkara keji dan kotor.Orang yang hanya sekadar ’puasa-puasaan’ dan tidak berpuasa dengan sengaja tanpa sebab dibenarkan syarak, bagi mereka hari raya tidak mempunyai sebarang erti dan nilai.Sesungguhnya, kegembiraan berhari raya itu bukan diukur dan bergantung kepada kehebatan pakaian atau hiasan serta banyaknya makanan pada hari raya. Ia terletak kepada sejauh mana bertambahnya ketakwaan dan keimanan seseorang itu. Kedatangan Aidilfitri hendaklah disambut dengan ucapan takbir dan tahmid. Takbir dan tahmid yang kita ucapkan pada malam dan pagi hari raya mengandungi dua makna. Pertama, menyambut kedatangan Syawal yang mulia dan kedua, menunjukkan kesedihan di atas pemergian Ramadan al-Mubarak. Dalam merayakan Aidilfitri ini, kita hendaklah membersihkan hati dan memperbaiki hubungan sesama Muslim. Segala perasaan dendam, kebencian, iri hati dan dengki hendaklah dikikis. Semua ini kita gantikan dengan perasaan kasih-mengasihi sesama Muslim. Hulurkan tangan bermaaf-maafan dan binalah hubungan persaudaraan yang kukuh berlandaskan persaudaraan Islam.Diriwayatkan Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu saling marah, dengki dan tidak menegur antara satu sama lain. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara." (Hadis riwayat Muslim)Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Seseorang yang pemaaf, Allah menambahkan kemuliaan baginya." (Hadis riwayat Muslim).Dalam kemeriahan menyambut hari raya, janganlah sekali-kali dilupai orang yang tidak berkemampuan. Sebagai tanda mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, berilah bantuan kepada mereka dan binalah persaudaraan Islam sejati. Kedatangan 1 Syawal tidak seharusnya dicemari dengan dentuman meriam dan hiburan yang melampaui batas. Sebaliknya, perayaan Islam dimulakan dengan takbir dan tasbih memuji dan menyucikan Allah.Rasulullah menyarankan agar umat Islam menyambut hari raya ini dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah)." (Hadis riwayat al-Thabrani). Laungan takbir yang berkumandang di seluruh pelusuk tanah air, pasti menyejukkan jiwa. Ia akan kembali menenangkan fikiran, melapangkan hati untuk bermaafan, menjalin dan mengukuhkan ikatan persaudaraan yang lama terjalin sesama umat Islam.

Ramadan gilap tiga kekuatan manusia

Ramadan gilap tiga kekuatan manusia RAMADAN ibarat medan latihan mendidik jiwa dan membangun potensi terutama menggilap tiga kekuatan yang ada pada diri manusia iaitu kekuatan akal, jiwa dan fizikal.Pada bulan ini akal ditajamkan menerusi pembacaan al-Quran, di mana kita dapat gunakan untuk menambah nilai kemanusiaan dan menjana pembangunan yang bersifat menyeluruh.Jiwa dapat dibangunkan dengan membanyakkan lagi amalan sunat, melakukan kegiatan kemasyarakatan serta menahan diri daripada menurut kehendak hawa nafsu dan godaan syaitan dalam kehidupan harian.Secara saintifik, ibadat puasa sudah dibuktikan mampu membantu meningkatkan kesihatan fizikal manusia dan dilihat sebagai cara berkesan untuk menyembuhkan penyakit.Ketiga-tiga kekuatan iaitu keteguhan iman, ketangkasan mental dan kekuatan fizikal akan dapat membentuk jati diri Muslim yang mampu melaksanakan pelbagai tuntutan sama ada terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.Selain itu, Ramadan juga melatih dan menganjurkan kita merenung diri masing-masing secara objektif sehingga dapat melahirkan nilai positif, dengan hati dan fikiran kita menjadi bersih dan jauh daripada perlakuan tidak baik.Ramadan juga turut melatih kita supaya berdisiplin, menyemai rasa tanggungjawab dan perpaduan sosial, kasih dan sayang kepada insan yang miskin lagi tidak berkemampuan.Ramadan juga dapat melatih kita bersifat sabar dan tahan uji dalam menanggung penderitaan hidup demi meraih tujuan yang murni.Kita melaksanakan puasa kerana selain kewajipan mentaati perintah Allah, juga kerana kita memerlukan puasa bagi penyucian diri dan peningkatan kualiti peribadi.Justeru, sempena Ramadan yang mulia hendaklah kita bersama-sama berusaha untuk menghidupkan amalan yang boleh mendekatkan diri dengan Allah seperti bertadarus, mendirikan solat Tarawih, bersedekah dan berzakat. Pada masa sama, berusaha menjauhi daripada melakukan sebarang bentuk maksiat, kerana pastinya kita tidak mahu menjadi orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa balasan melainkan lapar dan dahaga. Rasa lapar dan dahaga membantu menjiwai pengalaman dilalui golongan kurang bernasib baik yang terpaksa menanggung penderitaan menahan lapar dan hidup di dalam kebuluran.Bersamalah menjadikan Ramadan medan melahirkan diri sebagai seorang mukmin yang sentiasa membantu saudara seagama dengan rasa penuh tanggungjawab dan kasih sayang.Ibnu Abbas ada meriwayatkan di dalam Hadis Rasulullah yang maksudnya: “Adalah Nabi SAW itu manusia yang paling baik (pemurah) dengan membuat kebajikan dan Baginda paling pemurah di bulan Ramadan.”Mereka yang lulus ujian dalam menjalani latihan pada Ramadan serta banyak melakukan amal ibadat mampu mengembalikan manusia kepada fitrah seterusnya dianugerahkan Allah dengan ganjaran yang besar.Antara ganjaran Allah ialah mendapat keampunan terhadap dosanya yang terdahulu, dimakbulkan segala doanya, sentiasa mendapat rahmat yang berterusan daripada Allah, mendapat pertolongan dan keredaan Allah serta terlepas seksaan api neraka. Semoga kedatangan Ramadan kali ini memberi perubahan besar terutama menjadikan diri seorang pejuang yang mampu melawan godaan hawa nafsu dan segala pujukan dunia sehingga melalaikan hati daripada mengingati Allah.Bayangkan kesusahan umat Islam di negara menghadapi bencana alam, kebuluran, penindasan dan kemiskinan tetapi masih mampu melaksanakan ibadat puasa.Oleh itu, hendaklah bersyukur kerana kita masih lagi dikurniakan kemudahan makan minum dan keamanan yang membolehkan kita beribadat dalam keadaan tenang, tanpa takut atau terancam. Walaupun Ramadan dikatakan bulan ibadat, bukan bermakna umat Islam sibuk beramal siang dan malam sehingga tidak aktif bekerja atau harus berhenti kerja kerana hendak menumpukan perhatian kepada pelaksanaan ibadat.Islam sebenarnya tidak menghendaki demikian kerana lebih baik jika puasa seseorang itu tidak menghalangi usaha atau kerjanya sehari-hari.

SELAMAT HARI RAYA EIDIL FITRI


Assalamualaikum.... Kepada semua anak, cucu, cicit dan kulaan HJ KARIM..terimalah ucapan...SELAMAT HARI RAYA EIDIL FITRI dan maaf zahir batin..sesama kita.
Semoga BLOG KELUARGA ini nanti akan menjadi penghubung terkini diantara kita untuk menyampaikan sebarang maklumat keluarga.
Oleh itu dipohon kerjasama semua KULAAN untuk mengambil tindakan berikut :-
1. Menyibarkan alamat blog ini kepada semua kulaan, terutama generasi ICT.
2. Menyalurkan maklumat berikut kepada email atau komen blog dan beri:--
nama
-no telepon dan email.
-senarai nama keluarga / umur dan gambar jika ada.
3. Maklumat yang boleh dipaparkan :-
-tarikh dan jemputan kenduri kendara.
-perjumpaan keluarga.-kematian atau kemalangan
-ucapan tahniah..
-ucapan takziah
-maklumat kelahiran..

Wallahualam...wassalam